Monday 25 June 2012

Inspirasi Transformasi Diri

Semalam,24 Jun 2012 satu taklimat ITD yang disampaikan oleh  Tn Hj Shamsul Bahrain selaku kaunselor bertauliah  untuk semua warga DH di PTSB. Satu penyampaian yang menarik dan santai.ITD adalah merupakan satu panduan yang bakal digunapakai oleh pegawai DH selaku penasihat akademik untuk membimbing pelajar untuk mengenalpasti potensi dan kekuatan diri yang sebenar , menyediakan diri untuk melangkah ke alam kerjaya dengan jayanya dan mencapai worl-class credentials yang membuatkan pelajar menjadi individu pilihan serta cemerlang dalam akademik,kerjaya dan kehidupan.


" saya tidak kalah apabila saya berada di bawah.Saya hanya
kalah sekiranya saya tidak bangun semula dari bawah "
Dr Shukri Abdullah , ITD

Bertuahlah anak didik sekarang kan? siap ada plan kerjaya yang disediakan untuk mereka, jika hendak dibandingkan dengan saya dahulu sewaktu di universiti ibarat ' pandai-pandailah hendak hidup' mungkin ada plan kerjaya @ plan untuk berjaya yang digarispanduankan untuk pelajar oleh pihak universiti tetapi mungkin tidak sehebat ITD untuk seluruh pelajar POLITEKNIK .Saranan saya untuk semua warga DH , jom lah sama-sama merealisasikan ITD ini agar bakal graduan yang dihasilkan kita bakal menjadi 'individu pilihan'.Sekiranya kita sentiasa berfikiran positif insyaAllah hasilnya tidak menghampakan.Tugas yang diamanahkan ini harus dilaksanakn sebaik-baiknya.

Sunday 19 February 2012

SINDIRAN PETANG

Sementara menunggu masa untuk balik..pelbagai isu hangat di utarakan oleh mereka.Ada 2,3 kumpulan yang sedang rancak bersembang.Saya menerjah melalui kawasan kumpulan mereka di mana saya baru sahaja habis mesyuarat unit bersama boss di bangunan pentadbiran tiba-tiba....
dia : dil hang pregnant ka?
saya : bakal ...kenapa? ( dalam hati sahih 'kecomelan' aku makin terselah)
dia : betui ha ..hang pregnant?
saya:bakal..kenapa?(nak mengaku gemuk tapi takut lari dari soalan sebenar..nak ngaku ngandung kang tak   
       kuar-kuar pulak anaknya)
dia : tak da la.. hang nampak "berseri" macam orang mengandung
saya :  cehhh....( dalam hati : paham-paham sendiri)
sekian!
:)

Blog dah bersawang ??

  •     Kerap balik kampung tengok condition k,de, dan menguruskan appointment mak pulak setelah          dikenalpasti   mengalami ' left uteric calculi with moderate left hydronephrosis and cholelithiasis...
              ( batu karang dlm buah pinggang)

  •     sibuk meng 'update' lecture note' .. melibatkan pencarian info2 terbaharu regarding to syllabus            BARU

  •    menyiapkan markah penilaian pelajar yang baru tamat dari industrial training , total = 117 students        sem ni   Alhamdulillah dah settle, boleh meeting dgn bos hari ni

  • Selain dari itu melayan karenah-karenah  MQA   serta karenah my Lil princess Nur Hana Iman
  :
  :
  :
  :
  :
  :
  :
  :
  :
  :

  :
  :
 
  :
  :
  :
  :
  :
  :
  :
  :
  :
  :

  :
  :
  :
  :
  :
  :
  :
  :
  :
  :
  :
  :

  :
  :
  :
  :
  :
  :
  :
  :
  :
  :
  :
  :

  :
  :
  :
  :
  :
  :
  :
  :
  :
  :
  :
  :

  :
  :
 Harapan ku semoga blog ini masih boleh bertahan walaupun dgn seadanya sahaja :)


   
 




 
 

Thursday 12 January 2012

DUA RIBU DUA BELAS

Alhamdulillah ..masih di berikan peluang oleh Allah s.w.t untuk bernafas dan menikmati segenap rezeki yang di berikan.Entry pertama saya untuk tahun 2012..memandangkan blog yang seakan-akan hampir bersawang.Walaupun hari ni merupakan hari ke 12 bagi tahun 2012 namun perjalanannya terlalu singkat dalam peredaran masa tika ini.Siang malam salih berganti tup..tup dah hampir ke penghujung bulan yang pertama 2012.Tahun baru sering dikaitkan dengan azam baru..tapi bak kata Prof  Muhaya dalam bicaranya di radio IKIM dalam segmen Islam itu Indah, "azam baru tidak semestinya menunggu di tahun yang baru tetapi dalam setiap minit kita sebagai khalifah di bumi ini boleh berazam untuk melakukan perubahan yang baru dalam diri kita ".Konsep Prof yang di rasai betul oleh saya sendiri.Oleh yang demikian , sematkan azam untuk melakukan perubahan dalam diri kita supaya dalam setiap minit itu kita dapat menghidupkan aura minda yang positif.

**** 10.57 mlm td terima sms dari achu..emm katanya k.de tak boleh tido ,mungkin banyak berfikir tentang perjalananya untuk menghadapi kimo-ke 2 pada hari ini.Ingatannya menjadi ingat-ingat lupa,kesian k.de..walaubagaimanapun kami sekeluarga mendoakan yang terbaik..saya  meng 'apply' konsep 'kuasa minda'.Harapan yang positif supaya kak de akan kembali sihat dan ceria seperti dulu.InsyaAllah.Kak de pasti akan sembuh .. kak de pasti akan sihat..dengan izin Allah.Allah sahaja yang mengetahui hikmah di sebalik ujian ini.Kami pasti akan LULUS dengan cemerlang dalam ujian ini sebab Allah ada bersama-sama kami!!

hidung budak kecik ni macam ihsan al-hadi..teringat si hadi...alahai hadi...

Wednesday 14 December 2011

Santapan Ilmu

Tatkala sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja , seperti biasa Channel 119 akan dipilih untuk mengisi pengisian hati bukan hari-hari dapat dengar,kalau si kecil tu bangun asyik mengisahkan dia la pula .Tajuk pagi tadi 'seni dalam rumahtangga' aduhhh sedap sungguh ustaz tu berbicara sambil disulami dengan gurauan sinis.Sikit sebanyak terkena juga...in my conclusion regarding the topic is.. sebagai suami perlu mengambil sunnah Rasullullah s.a.w dalam membina rumahtangga, si suami perlu mengambil @ meneladani personaliti Rasulullah dalam menguruskan rumahtangga ..perkara paling penting sebelum masuk ke rumah ialah memberi salam dengan betul 'Asslamualaikum' ini untuk mengelakkan syaitan yang bernama Dassim yang duduknya di atas pintu rumah kita turut sama masuk ke dalam rumah kita seterusnya memporak perandakan seluruh ahli keluarga..masyaAllah...hebatnya kuasa SALAM itu.
 

 Tidak kurang juga , isteri perlulah membantu dalam meringankan beban suami dan jangan terlalu 'outspoken' ..upssss..tetapi sekiranya ada perkara yang perlu diluahkan...perlulah dengan cara yang betul...selain itu amalan makan + solat berjemaah perlu di amalkan.. kalau tak setiap waktu pun..ambillah mana-mana waktu yang sesuai.Bab makan , ustaz ingatkan 'kalau si ayah membubuh kan lauk pada pinggan si anak..di amalkan selama seminggu insyaAlah anak akan ingat sampai bila-bila..mungkin suatu hari nanti si anak pulak yang akan membubuhkan lauk pada pinggan si ayah dan ibunya' ... so sweetkan..bahagia ja rasa..ya memang ada relevan nya..terima kasih ustaz kerana membuka hati saya dalam usaha untuk memperkasakan rumahtangga ini.

Sebelum terlupa..nak menyelit sikit..bagi saya salah satu ' skill ' untuk suami dalam seni rumahtangga ini..si suami selepas makan..pinggan @ cawan tu cubalah basuh sendiri kalau tak mampu nak tolong basuhkan kesemua yang ada dalam sink tu... insyaAllah nanti anak-anak akan ikut ..isteri pun akan sejuk hati..senang ajekan , heheheh...tak percaya ? Tanyalah Ustaz !

Monday 12 December 2011

Course Review Report

Alhamdulillah ..CRR for CG304 ready to submit !! no more emotional .. 
be rational... after completion of this report , then i understand the relevant of  analysis result .  
Indirectly, it shows the actual progress of a student from the beginning of assessment process until the final examination.No more 'timbang kati' !! all evidence need to be kept closely.May we succeed in transforming the Polytechnics!!!

Sunday 11 December 2011

It's SUNDAY


 Office yang di landa 'sunday blues' mentang-mentang bos bagi 'green light ' untuk bercuti...maka sakan lah kesemuanya...ada ku kesah ??? seperti biasa ..meng thumbprint ..dan menyelesaikan kerja-kerja yang tertunggak (konon ) namun rakan untuk bergossip masih setia...puan ethe & puan shikin dari cerita student kami yang telah meninggal dunia akibat kemalangan ngeri ,gerhana bulan,hinggalah cerita anak kak maslina disorok makhluk h_ _ _ s. Salam takziah pada keluarga Allahyarham Mohamad Aiezat Sharifuddin yang meninggal akibat kemalangan di Kilometer 10 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu semalam .Semoga rohnya di tempatkan di golongan orang-orang yang beriman.
Berbalik pada cerita kak maslina tadi, agak terkejut mendengar kisah benarnya..mau nye idak..sebab aku bayangkan macam cerita yang dalam majalah mustika tu..aishhh..apepun mujurlah anaknya si Attar tu dapat dijumpai dalam rumah sendiri..setelah hampir 2 jam ...sambil disulami dengan perkara-perkara aneh yang terjadi..
Untuk peringatan,hari ini ada 2 jemputan majlis perkahwinan..maj jap @ kawan abg dan satu jemputan lagi saudara sebelah FIL ...oleh yang demikian mari minta kebenaran Bos untuk pergi kenduri...hihii..