Semalam,24 Jun 2012 satu taklimat
ITD yang disampaikan oleh Tn Hj Shamsul Bahrain selaku kaunselor bertauliah untuk semua warga DH di PTSB. Satu penyampaian yang menarik dan santai.
ITD adalah merupakan satu panduan yang bakal digunapakai oleh pegawai DH selaku penasihat akademik untuk membimbing pelajar untuk mengenalpasti potensi dan kekuatan diri yang sebenar , menyediakan diri untuk melangkah ke alam kerjaya dengan jayanya dan mencapai
worl-class credentials yang membuatkan pelajar menjadi individu pilihan serta cemerlang dalam akademik,kerjaya dan kehidupan.
" saya tidak kalah apabila saya berada di bawah.Saya hanya
kalah sekiranya saya tidak bangun semula dari bawah "
Dr Shukri Abdullah , ITD
Bertuahlah anak didik sekarang kan? siap ada
plan kerjaya yang disediakan untuk mereka, jika hendak dibandingkan dengan saya dahulu sewaktu di universiti ibarat
' pandai-pandailah hendak hidup' mungkin ada plan kerjaya @ plan untuk berjaya yang digarispanduankan untuk pelajar oleh pihak universiti tetapi mungkin tidak sehebat ITD untuk seluruh pelajar POLITEKNIK .Saranan saya untuk semua warga DH , jom lah sama-sama merealisasikan ITD ini agar bakal graduan yang dihasilkan kita bakal menjadi 'individu pilihan'.Sekiranya kita sentiasa berfikiran positif insyaAllah hasilnya tidak menghampakan.Tugas yang diamanahkan ini harus dilaksanakn sebaik-baiknya.