Sunday, 11 December 2011

It's SUNDAY


 Office yang di landa 'sunday blues' mentang-mentang bos bagi 'green light ' untuk bercuti...maka sakan lah kesemuanya...ada ku kesah ??? seperti biasa ..meng thumbprint ..dan menyelesaikan kerja-kerja yang tertunggak (konon ) namun rakan untuk bergossip masih setia...puan ethe & puan shikin dari cerita student kami yang telah meninggal dunia akibat kemalangan ngeri ,gerhana bulan,hinggalah cerita anak kak maslina disorok makhluk h_ _ _ s. Salam takziah pada keluarga Allahyarham Mohamad Aiezat Sharifuddin yang meninggal akibat kemalangan di Kilometer 10 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu semalam .Semoga rohnya di tempatkan di golongan orang-orang yang beriman.
Berbalik pada cerita kak maslina tadi, agak terkejut mendengar kisah benarnya..mau nye idak..sebab aku bayangkan macam cerita yang dalam majalah mustika tu..aishhh..apepun mujurlah anaknya si Attar tu dapat dijumpai dalam rumah sendiri..setelah hampir 2 jam ...sambil disulami dengan perkara-perkara aneh yang terjadi..
Untuk peringatan,hari ini ada 2 jemputan majlis perkahwinan..maj jap @ kawan abg dan satu jemputan lagi saudara sebelah FIL ...oleh yang demikian mari minta kebenaran Bos untuk pergi kenduri...hihii..

No comments:

Post a comment