Saturday 10 December 2011

TRAUMA

Hari berganti hari , hari ni dah masuk sebulan setengah Kak De mengalami trauma  selepas  pembedahan  B.Ca pada 15/Oktober/2011 lalu.Walaubagaimanapun hari demi hari seakan nampak perubahan positif dari dirinya.Boleh makan , solat dan menguruskan diri sendiri tanpa bantuan.Cuma nada suaranya agak perlahan dari biasa,tidak senyum apatah lagi ketawa dan kurang untuk memulakan perbualan.Malam tadi sempat bawa kak de makan kat luar ,rasa seronok sebab kak de nak follow sekali yang pada mulanya tidak menyangka yang kak de nak ikut (tanda-tanda semakin positif) secara tak langsung kami cuba nak mengembalikan rutin hariannya seperti sedia kala yang memang suka aktiviti ' outdoor ' terutama bersama keluarga.Dalam masa yang terdekat ini,mungkin dr akan memberikan tarikh untuk rawatan kimoterapi pula.Cuma dr hanya menunggu masa yang sesuai di mana emosinya betul-betul stabil.Semoga Allah mengembalikan ketenangan jiwa dan ingatan normal pada kak de.Semua ahli keluarga sangat menyayangimu,memang ada hikmah yang belum tercapai akal fikiran kita untuk tahu,semua ini adalah milik Allah s.t.w segalanya.


                        
              
Surah amalan yang diberikan oleh Syifa' Al-Hidayah - al-anbiyaa' ( 38- 50) , al - mukminun ( 91-100). 
(sauda mara,sahabat handai pun boleh membaca surah ini diniatkan kepada kak de @Faridah hanim)
Turut juga mengambil supplement Redianze , Jus Monavie ,Air zam-zam , Kurma ,Air Daun Belalai Gajah serta rawatan spiritual di Darul Syifa' , Sri Iskandar )

No comments:

Post a Comment