Wednesday 14 December 2011

Santapan Ilmu

Tatkala sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja , seperti biasa Channel 119 akan dipilih untuk mengisi pengisian hati bukan hari-hari dapat dengar,kalau si kecil tu bangun asyik mengisahkan dia la pula .Tajuk pagi tadi 'seni dalam rumahtangga' aduhhh sedap sungguh ustaz tu berbicara sambil disulami dengan gurauan sinis.Sikit sebanyak terkena juga...in my conclusion regarding the topic is.. sebagai suami perlu mengambil sunnah Rasullullah s.a.w dalam membina rumahtangga, si suami perlu mengambil @ meneladani personaliti Rasulullah dalam menguruskan rumahtangga ..perkara paling penting sebelum masuk ke rumah ialah memberi salam dengan betul 'Asslamualaikum' ini untuk mengelakkan syaitan yang bernama Dassim yang duduknya di atas pintu rumah kita turut sama masuk ke dalam rumah kita seterusnya memporak perandakan seluruh ahli keluarga..masyaAllah...hebatnya kuasa SALAM itu.
 

 Tidak kurang juga , isteri perlulah membantu dalam meringankan beban suami dan jangan terlalu 'outspoken' ..upssss..tetapi sekiranya ada perkara yang perlu diluahkan...perlulah dengan cara yang betul...selain itu amalan makan + solat berjemaah perlu di amalkan.. kalau tak setiap waktu pun..ambillah mana-mana waktu yang sesuai.Bab makan , ustaz ingatkan 'kalau si ayah membubuh kan lauk pada pinggan si anak..di amalkan selama seminggu insyaAlah anak akan ingat sampai bila-bila..mungkin suatu hari nanti si anak pulak yang akan membubuhkan lauk pada pinggan si ayah dan ibunya' ... so sweetkan..bahagia ja rasa..ya memang ada relevan nya..terima kasih ustaz kerana membuka hati saya dalam usaha untuk memperkasakan rumahtangga ini.

Sebelum terlupa..nak menyelit sikit..bagi saya salah satu ' skill ' untuk suami dalam seni rumahtangga ini..si suami selepas makan..pinggan @ cawan tu cubalah basuh sendiri kalau tak mampu nak tolong basuhkan kesemua yang ada dalam sink tu... insyaAllah nanti anak-anak akan ikut ..isteri pun akan sejuk hati..senang ajekan , heheheh...tak percaya ? Tanyalah Ustaz !

No comments:

Post a Comment