Thursday 12 January 2012

DUA RIBU DUA BELAS

Alhamdulillah ..masih di berikan peluang oleh Allah s.w.t untuk bernafas dan menikmati segenap rezeki yang di berikan.Entry pertama saya untuk tahun 2012..memandangkan blog yang seakan-akan hampir bersawang.Walaupun hari ni merupakan hari ke 12 bagi tahun 2012 namun perjalanannya terlalu singkat dalam peredaran masa tika ini.Siang malam salih berganti tup..tup dah hampir ke penghujung bulan yang pertama 2012.Tahun baru sering dikaitkan dengan azam baru..tapi bak kata Prof  Muhaya dalam bicaranya di radio IKIM dalam segmen Islam itu Indah, "azam baru tidak semestinya menunggu di tahun yang baru tetapi dalam setiap minit kita sebagai khalifah di bumi ini boleh berazam untuk melakukan perubahan yang baru dalam diri kita ".Konsep Prof yang di rasai betul oleh saya sendiri.Oleh yang demikian , sematkan azam untuk melakukan perubahan dalam diri kita supaya dalam setiap minit itu kita dapat menghidupkan aura minda yang positif.

**** 10.57 mlm td terima sms dari achu..emm katanya k.de tak boleh tido ,mungkin banyak berfikir tentang perjalananya untuk menghadapi kimo-ke 2 pada hari ini.Ingatannya menjadi ingat-ingat lupa,kesian k.de..walaubagaimanapun kami sekeluarga mendoakan yang terbaik..saya  meng 'apply' konsep 'kuasa minda'.Harapan yang positif supaya kak de akan kembali sihat dan ceria seperti dulu.InsyaAllah.Kak de pasti akan sembuh .. kak de pasti akan sihat..dengan izin Allah.Allah sahaja yang mengetahui hikmah di sebalik ujian ini.Kami pasti akan LULUS dengan cemerlang dalam ujian ini sebab Allah ada bersama-sama kami!!

hidung budak kecik ni macam ihsan al-hadi..teringat si hadi...alahai hadi...

No comments:

Post a Comment